Lelaki 55 tahun jemaah haji ketiga Malaysia meninggal dunia di Makkah

SEORANG jemaah haji lelaki Malaysia menjadi kematian ketiga direkodkan dalam kalangan jemaah negara ini bagi musim haji 1447H/2026M selepas disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung semalam.

Dalam kenyataan hari ini, Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan Allahyarham yang berusia 55 tahun berasal dari Cheras, Selangor hadir menunaikan ibadah haji bersama isteri serta empat ahli keluarga.

Menurut TH, Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT12 dan menginap di Al Kiswah Hotel di Makkah.

“Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah pada jam 8.01 pagi akibat serangan jantung.

“Jenazah kemudian dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Asar sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah,” menurut kenyataan itu.

TH turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan roh beliau dicucuri rahmat.

Pada 4 Mei lalu, seorang jemaah haji lelaki Malaysia berusia 70 tahun dari Senggarang, Johor meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jemaah haji pertama Malaysia yang meninggal dunia adalah seorang lelaki berasal dari Pahang yang rebah ketika menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram pada 1 Mei lalu.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img