Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia

DUA lagi jemaah haji Malaysia daripada kumpulan penerbangan KT12 dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci.

Ini menjadikan angka jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci bagi musim haji kali ini meningkat kepada lima orang.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua jemaah itu menginap di Hotel Al Kiswah dengan seorang daripadanya ialah wanita berusia 72 tahun dari Sitiawan, Perak, yang menunaikan rukun Islam kelima tersebut bersama sepupunya.

“Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz pada Isnin (12 Mei), kira-kira 12.36 tengah hari akibat pendarahan otak,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, seorang jemaah lelaki berusia 67 tahun berasal dari Kuantan, Pahang, yang menunaikan haji bersama isterinya, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Makkah kira-kira jam 10 malam tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Kedua-dua jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan sebaik selesai urusan dokumentasi sebelum selamat dikebumikan di Perkuburan Al Sharayea.

“TH turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta mendoakan agar roh kedua-duanya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” menurut kenyataan itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img