Warga emas sedang bakar sampah depan rumah diragut dan diseret di Ketereh

SEORANG wanita warga emas yang sedang membakar sampah di halaman rumah menjadi mangsa ragut penjenayah bermotosikal yang melarikan rantai dan gelang tangan emas miliknya di Kampung Paloh Rambai, Ketereh, Kelantan pagi ini

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 72 tahun turut cedera di badan selepas diseret 10 meter ketika bergelut dengan peragut berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azmir Damiri berkata, ketika kejadian mangsa sedang membakar sampah di halaman rumahnya sebelum dua lelaki bermotosikal tidak dikenali muncul.

Menurutnya, suspek kemudian turun daripada motosikal dan meragut seutas rantai tangan dan leher yang dipakai mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa sempat bergelut dengan suspek untuk mempertahankan diri sehingga terseret 10 meter.

“Kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri dan mangsa mengalami kecederaan di badan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmir berkata, usaha mengesan suspek kini masih diteruskan dan pihak polis meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan tidak mempamerkan barang berharga yang dipakai secara berlebihan supaya tidak menjadi sasaran penjenayah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img