Lelaki maut tersepit, seorang cedera, Ativa rempuh lori bawa ikan sejuk beku

LELAKI maut selepas kereta Perodua Ativa dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa ikan sejuk beku di kawasan pusingan ‘P’ di Jelukong, Jalan Pan Borneo, di Betong, malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Syakir, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi lelaki, Mohd Syahmi, 24, mengalami kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10 malam.

Menurutnya, sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 32 kilometer dari balai sebaik menerima laporan.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 10.31 malam dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori yang membawa muatan ikan sejuk beku dengan sebuah kereta Perodua Ativa.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua mangsa lelaki terbabit dalam kemalangan berkenaan dengan seorang mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa didapati tersepit di bahagian tempat duduk hadapan sebelah kiri kenderaan dan memerlukan bantuan khas daripada pasukan penyelamat untuk dikeluarkan.

Katanya, anggota bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img