Pembantu rumah melecur didera majikan, enam individu ditahan

DAKWAAN mencuri dan merosakkan barangan milik majikan dipercayai menjadi punca seorang pembantu rumah warga Indonesia didera sehingga mengalami kecederaan melecur di seluruh badan di Tanjong Sepat, Kuala Langat, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, polis menahan enam individu, termasuk pasangan suami isteri yang merupakan majikan mangsa, susulan kejadian yang dilaporkan berlaku pada 16 Oktober lalu.

“Mangsa didera atas dakwaan atau tuduhan mencuri barangan majikan serta merosakkan barangan milik majikan.

“Kertas siasatan masih dalam proses untuk dilengkapkan dan siasatan lanjut masih berjalan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini, lapor BH.

Beliau berkata, semua suspek ditahan di sebuah premis perniagaan di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, Butterworth, Pulau Pinang, kira-kira jam 6.30 petang, Isnin lalu.

Katanya, dua suspek utama yang juga pasangan suami isteri kini direman bagi membantu siasatan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here