Lelaki panjat tembok jejantas sehingga timbulkan kebimbangan orang ramai

SEORANG lelaki dipercayai bertindak di luar batasan sehingga mencetuskan kebimbangan apabila memanjat tembok jejantas di Jalan Masjid Negeri di Pulau Pinang ketika umat Islam sedang bersiap sedia menunaikan solat Jumaat hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu lelaki terbabit dilihat memanjat tembok jejantas berkenaan sambil berdiri dan tindakannya itu mencetuskan kebimbangan orang awam berkemungkinan dia bertindak di luar kawalan termasuk terjun dari situ.

Kejadian tersebut menyebabkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan memperlahankan kenderaan selain ada yang berhenti untuk menyaksikan situasi itu.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut berada di lokasi bagi memantau keadaan serta menjalankan tindakan keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Setakat ini, punca lelaki berkenaan berada di atas jejantas itu masih belum diketahui dan pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai identiti atau keadaan individu tersebut.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas serta mengendalikan situasi berkenaan dengan selamat.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img