Lelaki Rohingya tiada lesen gagal lari, dicekup JPJ Kedah

CUBAAN seorang lelaki Rohingya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berakhir dengan penahanannya dalam operasi di Jalan Simpang Empat, Tokai, dekat Alor Setar, semalam.

Lelaki warga asing itu ditahan selepas didapati menunggang motosikal tanpa memiliki lesen memandu yang sah.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, lelaki berkenaan dikesan oleh Unit Penguat Kuasa Bermotosikal (Falcon) JPJ Kedah ketika sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat.

Menurutnya, suspek bertindak cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa yang menjalankan rondaan dan pemeriksaan di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, lelaki warga asing itu berjaya ditahan sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.

“Ketika ditanya, dia memberi alasan sedang dalam perjalanan ke pasar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit gagal mengemukakan lesen memandu yang sah seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Susulan itu, tindakan penguatkuasaan diambil terhadap penunggang berkenaan mengikut peruntukan yang ditetapkan.

Katanya, motosikal yang digunakan turut disita dan dibawa ke Depoh Simpanan Kenderaan JPJ Alor Setar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen yang sah,” ujarnya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img