Lelaki warga asing ditahan rogol remaja perempuan 17 tahun

POLIS  memberkas seorang lelaki warga asing selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di kawasan perumahan pekerja di sebuah ladang di Brumas,Tawau, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, laporan polis telah dibuat oleh bapa tiri mangsa kira-kira jam 12.55 tengah malam tadi selepas dimaklumkan oleh anak tirinya bahawa dia telah menjadi mangsa serangan seksual oleh seorang lelaki yang dikenali.

Dalam kenyataan melalui Facebook Polis Daerah Tawau, beliau berkata kejadian berlaku pada Ahad lalu kira-kira jam 11 malam, apabila mangsa mendakwa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin, telah ditahan dan ditarik masuk ke dalam rumah suspek yang dikenalinya sebelum bertindak menutup mulut mangsa menggunakan kain dan merogolnya.

Susulan laporan yang diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai bersama anggota Polis Bantuan Sabah Softwood Berhad melancarkan operasi mengesan suspek.

Hasil tindakan pantas itu, polis berjaya memberkas buruh seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an kira-kira jam 12.10 tengah malam di hadapan perumahan pekerja di Brumas, Tawau.

Sementara itu, turut dirampas bagi membantu siasatan ialah beberapa barang kes termasuk sehelai baju, seluar serta tilam yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol, manakala siasatan lanjut secara menyeluruh turut dijalankan,” katanya.

Tambah ACP Jasmin, beliau  turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan segera membuat laporan sekiranya melihat sebarang tingkah laku mencurigakan demi menjaga keselamatan diri dan jiran tetangga.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img