Letupan di Universiti HELP: 2 masih dirawat, 2 dibenar pulang

DUA pelajar Universiti HELP yang cedera dalam kejadian letupan pemampat pendingin udara di kampus universiti di Bukit Damansara pada Isnin lalu masih dirawat di hospital, manakala dua lagi dibenarkan pulang.

Universiti itu memaklumkan enam individu lain yang tercedera dalam insiden tersebut juga dibenarkan keluar dari hospital.

“Pihak universiti kekal berhubung rapat secara berkala dengan pelajar, kakitangan serta keluarga yang terlibat dan akan terus memberikan segala bentuk sokongan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan mereka,” menurut kenyataan universiti berkenaan, lapor Bernama.

Universiti HELP turut menyambut baik seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar siasatan pantas dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden tersebut.

Selain itu, universiti tersebut menegaskan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, pemilik bangunan serta syarikat pengurusan bangunan bagi mengenal pasti fakta kejadian dan memastikan semua protokol keselamatan disemak dengan sewajarnya.

“Kami menghargai sokongan serta keprihatinan yang ditunjukkan terhadap semua pihak yang terlibat dan berterima kasih kepada pelajar, ahli keluarga serta rakan sekerja di dalam dan luar negara yang menghulurkan sokongan serta kata-kata semangat kepada keluarga empat orang pelajar yang cedera dalam insiden tersebut,” kata kenyataan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi Isnin lalu, seorang penuntut lelaki maut manakala sembilan lagi cedera apabila pemampat pendingin udara meletup.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Soo Yu Juan, 24, pelajar tahun ketiga kursus kejuruteraan mekanikal Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang sedang menjalani latihan industri di universiti itu.

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img