Lima lelaki ditahan bantu siasatan dua  sepupu remaja perempuan hilang

POLIS  menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan dua sepupu remaja perempuan dari Kampung Baloh berhampiran Kok Lanas yang ditemui selamat di Machang semalam, selepas dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md Nor berkata, semua suspek ditahan di Machang petang semalam.

Beliau berkata, polis memperoleh perintah reman terhadap kelima-lima suspek di Mahkamah Majistret Machang pagi tadi, bagi membantu siasatan.

“Dua daripada suspek direman selama lima hari, manakala tiga lagi yang merupakan rakan kepada dua suspek utama direman dua hari.

“Setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya lapor Buletin TV3.

Dua sepupu terbabit, Nor Syahzanani Mohd Sulaiman, 15, dan Nur Kaseh Nalisya Mohd Ramzul Nazrie, 16, ditemui di sebuah inap desa di Machang kira-kira 25 kilometer dari rumah mereka.

Keluarga kedua-dua remaja itu membuat laporan polis secara berasingan pada Jumaat, selepas mereka gagal pulang ke rumah dari keluar bersiar-siar di Kota Bharu pada petang Khamis.

Selepas ditemui, kedua-dua remaja terlibat dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan dan pemantauan lanjut.

Polis kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti keadaan sebenar yang membawa kepada kejadian itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img