‘’Lupakan segalanya, kembalilah bertaut’’ – Akmal seru UMNO-Pas  pelopori penyatuan Melayu

KETUA Pemuda UMNO Datuk Dr.Muhamad Akmal Saleh hari ini menyeru parti itu dan Pas mempelopori penyatuan orang Melayu.

Katanya beliau percaya, jika kedua-dua parti ini bersatu, orang Melayu akan kembali bertaut.

‘’ia mesti dimulakan oleh dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas, Sebab kalau parti yang kecil bercampur dengan parti besar, ia tidak boleh jadi (berjaya), orang Melayu akan tetap berpecah,’’ kata ketika berucap pada Konvensyen Pemuda UMNO di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, apabila orang Melayu berpecah belah dan bercakaran, orang lain akan suka melihat keadaan itu.

‘’Ramai yang sebelum ini bercakap saya ini tali baru Perikatan Nasional (PN), saya ini tali barut Pas…tapi bila kita bantai Pas, bantai Bersatu…dia kata saya ini orang lain pulak. Saya nak bagi tahu, saya bercakap bukan soal diri sendiri, kita bercakap sebab kita sayangkan agama, bangsa dan negara kita,’’ tegasnya.

Dr.Akmal berkata, apa yang berlaku bukanlah soal politik peribadi beliau tetapi soal maruah, agama dan bangsa Melayu.

‘’Kita Melayu itu majoriti di negara ini tetap kerana dipecahkan, maka majoriti itu hanya tinggal angka tanpa makna apabila dua parti besar Melayu berpecah,’’ katanya.

Beliau berkata penyatuan orang Melayu juga akan membolehkan kaum itu membangun dan menyusun semula ketidakseimbangan yang berlaku dari segi pembangunan ekonomi.

‘’ Sekali lagi saya hendak ajak orang Melayu bukan sahaja orang UMNO, bukan sahaja orang Pas yang selama ini bertikam lidah, ada berselisih pendapat, ada yang merajuk, ada yang marah dan ada yang bergaduh…lupakan segalanya .

‘’Kita kembali bertaut, tunjukkan jiwa besar kita, kita kembali bermuafakat demi kepentingan nasional. Insha-Allah UMNO akan menjadi wadah kepada penyatuan Melayu atas nama tanggungjawab kepada agama bangsa dan negara,’’ katanya.

Beliau menegaskan, penyatuan orang Melayu itu bukanlah untuk bernostalgia tetapi demi survival orang Melayu di tanah air ini.

‘’Hari ini saya hendak seru semua pimpinan, kita tutup cerita lama, kalau ada yang terasa, kalau ada dulu bergaduh, kita tutup cerita lama. Kita kena belajar daripada kesan sejarah daripada kita berpecah dulu,’’ tegasnya.

Dr.Akmal berkata, ketika orang lain sudah semakin galak menyentuh perkara-perkara sensitif di hati orang Melayu apabila membicarakannya secara terbuka ‘seolah-olah’ tidak wujud  orang Melayu di negara ini.

‘’Kita belajar daripada kesilapan kita, kita sudah buat silap dulu, akhirnya kita berpecah belah. Saya percaya akar umbi tidak ada masalah, sebab itu saya menyeru kepada kepimpinan sama ada pimpin parti saya,mahupun pimpinan parti lain…cukup-cukuplah.

‘’Cukup-cukuplah…agama dan bangsa memerlukan kita pada masa ini, lapangkan dada, maafkan sesama sendiri. Kita tidak sanggup melihat orang Melayu terbangsat di tanah air sendiri,’’ tegasnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img