Malaysia, Bangladesh perkukuh kerjasama tangani isu pelarian Rohingya

MALAYSIA dan Bangladesh akan memperkukuhkan kerjasama melalui mekanisme ASEAN bagi membantu mencari penyelesaian tuntas terhadap isu pelarian etnik Rohingya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu termasuk meneruskan libat urus dengan pihak berkuasa Myanmar.

“Kita turut bekerjasama dalam usaha menangani isu pelarian, khususnya etnik Rohingya di Bangladesh dan Malaysia.

“Melalui pejabat Menteri Luar dan mekanisme ASEAN, kita akan terus berunding dengan pihak berkuasa Myanmar bagi membantu menyelesaikan sebahagian isu terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman sempena lawatan rasmi rakan sejawatnya itu ke Malaysia, di Putrajaya hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img