Malaysia  bergerak pantas ke arah menjadi hab inovasi AI, digital Asia Tenggara

AHLI  Parlimen Petaling Jaya merangkap Pengasas Pangkalan Inovasi Teknologi ASEAN, Lee Chean Chung, berkata, Kecerdasan Buatan (AI) kini menjadi pemangkin penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, pemodenan industri, serta peningkatan daya saing negara.

Katanya Malaysia sedang bergerak pantas ke arah menjadi hab inovasi AI dan digital di rantau Asia Tenggara dan selaras dengan perkembangan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa insentif berkaitan AI dalam Belanjawan 2026, termasuk:

  • RM53 juta bagi Malaysia Digital Acceleration Grant untuk menggalakkan penggunaan teknologi blockchain, AI dan komputer kuantum;
  • Potongan cukai tambahan 50% bagi PKS yang mengambil latihan pensijilan AI dan keselamatan siber;
  • RM180 juta disalurkan ke Dana Pembangunan Industri NIMP bagi menyokong industri berimpak tinggi seperti semikonduktor, AI dan teknologi digital

Sehubungan itu,  Lee menggesa syarikat, firma teknologi, PKS serta ahli Malaysian Association of Artificial Intelligence Technology and Innovation (MAAI) supaya berhubung dengan agensi kerajaan berkaitan bagi memahami garis panduan dan prosedur permohonan insentif dengan lebih berkesan.

Beliau membuat gesaan itu ketika berucap merasmikan pelancaran GBA Next Humanoid Expo 2026 – Malaysia Version serta Aplikasi MAAI Ecosystem, anjuran MAAI, di Damansara, Petaling Jaya.

 Majlis tersebut diserta syarikat teknologi tempatan dan antarabangsa, pelabur, ahli akademik dan pemimpin perniagaan. Antara yang hadir termasuk Presiden MAAI & Pengerusi Jawatankuasa Penganjur

Lim Chin Poo,  Presiden Pengasas Kehormat Tetap MAAI Datin Alice Low Chow Yeng, Pengarah Urusan Kumpulan, Boustead Holdings Berhad Datuk Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad dan Ketua Pegawai Eksekuif Pangkalan Inovasi Teknologi ASEAN Yeo An Thai

Lee turut memperkenalkan Pangkalan Inovasi Teknologi ASEAN yang baru ditubuhkan, terletak di Pusat Inovasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Pangkalan ini bertujuan mempercepat pertumbuhan syarikat pemula dan melahirkan unicorn teknologi mendalam melalui pemindahan teknologi dan kerjasama rentas sempadan.

 Visi pusat itu katanya, merangkumi berusaha menarik 100 syarikat pemula dalam tempoh dua tahun, separuh daripadanya dalam bidang teknologi mendalam (deep-tech), memupuk tiga syarikat quasi-unicorn dalam masa tiga tahun, menghasilkan sekurang-kurangnya satu syarikat berpotensi unicorn dalam masa lima tahun.

‘’Setakat ini, 10 syarikat teknologi tempatan dan antarabangsa telah menjadi penyewa awal, menunjukkan kebangkitan Petaling Jaya sebagai hab inovasi teknologi serantau,’’ katanya.

Lee menegaskan visi Pangkalan Inovasi Teknologi ASEAN selari dengan misi MAAI, dan kedua-dua pihak berpotensi besar untuk bekerjasama pada masa hadapan. Beliau mengalu-alukan kerjasama lebih mendalam demi membawa ekosistem AI Malaysia ke pentas antarabangsa.

Sementara itu,  Presiden MAAI, Lim Chin Poo, berkata sejak penubuhannya pada 2023, MAAI komited mempercepat transformasi Malaysia menuju ekonomi berasaskan AI.

 Beliau menjelaskan, bGBA Next Humanoid Expo 2026 – Malaysia Version akan menjadikan Malaysia salah satu pentas penting kerjasama AI global.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img