Malaysia komited dukung usaha keamanan,kestabilan serantau – PM

MALAYSIA sentiasa komited untuk memainkan peranan yang konstruktif dalam mendukung usaha ke arah keamanan dan kestabilan serantau termasuk di Selatan Thailand.

Melalui hantaran dalam Facebook beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses dialog yang berteraskan kepercayaan, persefahaman dan keterbukaan amat penting bagi merintis penyelesaian damai yang menyeluruh dan berkekalan demi kesejahteraan rakyat di Selatan Thailand.

Hari ini beliau menerima kunjungan hormat Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal, yang baru-baru ini dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand

 Ahmad Norihan berpengalaman lebih 33 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau yang menjadi Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan dari 1 Ogos 2020 hingga 30 November 2023 memiliki kepakaran dalam perisikan strategik, risikan pertahanan, analisis keselamatan dan pengurusan operasi di peringkat nasional serta antarabangsa.

 Ahmad Norihan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Kerahan di Rejimen 502 Askar Wataniah pada 15 Mei 1987 sebelum menyertai Kor Risik Diraja pada 10 Oktober 2002.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here