Malaysia  tak akan jadi laluan transit  kargo tentera Israel – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Malaysia untuk tidak membenarkan negara ini dijadikan laluan transit bagi sebarang kargo yang menyumbang kepada operasi ketenteraan Israel.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun X, beliau berkata, Malaysia kekal dengan pendirian yang jelas dan tegas dalam memastikan negara tidak menyokong sebarang bentuk tindakan ketenteraan atau pencerobohan yang boleh mengancam nyawa orang awam.

“Pendirian Malaysia adalah jelas dan tegas. Kami tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan bagi sebarang penghantaran yang menyokong atau menyumbang kepada keupayaan ketenteraan Israel serta kekejamannya terhadap rakyat Palestin dan nyawa orang yang tidak berdosa.

“Sebarang penghantaran yang mencurigakan akan tertakluk kepada pemeriksaan dan siasatan mengikut undang-undang Malaysia. Sekiranya berlaku pelanggaran, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Kenyataan Perdana Menteri itu dikeluarkan susulan laporan media asing yang menyoroti tahap penelitian baharu terhadap penghantaran kargo ke Israel.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here