Manifeso PH utamakan semua golongan khususnya M40,B40

PAKATAN Harapan (PH) berharap rakyat dan pengundi di Negeri Sembilan dapat meneliti manifesto gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mengutamakan semua golongan, khususnya M40 dan B40.

Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, inti pati yang terkandung dalam manifesto dilancarkan semalam itu adalah tekad kepimpinan PH untuk menunjukkan komitmen tinggi dalam membela nasib rakyat.

“Sudah tentu kita mengharapkan mereka melihat dan meneliti manifesto PH. Apa yang penting adalah rakyat dan apa yang ingin kita berikan kepada mereka.

“Kalau sebelum ini terhad kepada golongan B40, kini diperluaskan untuk golongan pertengahan bagi sama-sama menikmati kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata demikian kepada pemberita ketika berkempen dari rumah ke rumah di Ladang Sekang Linggi, di Port Dickson hari ini.

PH menggariskan 10 komitmen utama menerusi manifesto bertema ‘Kekal Harapan’, yang antara lain termasuk tawaran bidang pendidikan yang diperluaskan kepada golongan M40.

Aminuddin berkata, fokus pimpinan dan calon PH ketika ini adalah berusaha menyampaikan tawaran manifesto berkenaan kepada rakyat.

Beliau berkata, pengalaman mentadbir negeri sejak 2018 membuktikan PH bersungguh-sungguh merealisasikan setiap inti pati manifesto yang dikeluarkan.

Mengenai kempennya, Ahli Parlimen Port Dickson itu yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berkata, ia berjalan lancar dan berhasrat menemui semua pengundi dalam daerah itu.

“Momentum kempen baik. Ada kalangan rakyat meminta kita selesaikan beberapa perkara kecil seperti perparitan, bumbung rumah bocor dan air bertakung di halaman rumah,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img