Maut dirempuh kereta ketika keluar simpang

SEORANG wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta ketika keluar dari simpang di Kilometer 3, Jalan Bentong–Raub, di Bentong, Pahang awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam itu, mangsa, Tengku Aida Nazura Tengku Ahmat, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu kereta jenis Honda City yang berusia 33 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis SYM dan dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Kuala Repas menuju ke Bentong.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, semasa keluar dari simpang, motosikal mangsa telah dilanggar oleh kereta yang datang dari arah Bentong.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Zaiham, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu kereta telah ditahan reman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan,” ujarnya.

Sementara itu, Zaiham turut menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu memandangkan kes ini masih dalam siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img