Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di jeti Bagan Pasir

SUASANA tenang di jeti Bagan Pasir, Tanjong Karang bertukar gempar apabila penduduk serta nelayan menemukan mayat seorang lelaki warga asing terapung di dalam air, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, penemuan mayat dalam keadaan sudah mereput itu dilaporkan kepada polis kira-kira jam 9.45 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan awal mendapati si mati masih lengkap berpakaian ketika ditemukan.

“Siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati si mati berpakaian lengkap serta sudah mereput.

“Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah dikesan,” katanya.

Menurutnya, mayat terbabit dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanjong Karang bagi tujuan bedah siasat.

Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img