Mayat mangsa kedua lemas semasa berkelah ditemukan

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik yang hilang di sungai berhampiran kawasan perkhemahan Polumpung Melangkap Baru, kota Belud berakhir dengan penemuan mayat mangsa kedua, tengah hari tadi.

Mangsa, Daniel Abdullah, 18, ditemukan orang awam kira-kira jam 12.04 tengah hari pada jarak lebih kurang 200 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Elge Bakuk berkata, penemuan itu sekali gus menamatkan sepenuhnya operasi SAR yang dijalankan sejak semalam.

Menurutnya, pencarian tertumpu di Sektor A membabitkan operasi menelusuri sungai dari lokasi mangsa hilang sehingga ke kawasan Sondot View Camp sejauh 3.4 kilometer.

“Sebaik ditemukan, mangsa disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, media melaporkan abang mangsa, Zul Hakim Abdullah, 23, terlebih dahulu ditemukan lemas oleh pasukan bomba kira-kira jam 10.18 pagi.

Mayat abang mangsa ditemui sekitar 800 meter dari lokasi kejadian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img