Mayat wanita ditemukan terapung tangan, kaki terikat di sungai

MAYAT seorang wanita warga asing ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki terikat menggunakan tali di Sungai Tanjung Serindit, Ulu Papan, Penggerang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan individu terapung di sungai berkenaan kira-kira jam 9 malam.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bersama Bahagian Forensik D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor kemudian ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati individu berkenaan telah meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan terikat di bahagian tangan dan kaki menggunakan tali.

“Identiti mayat masih dalam proses pengesahan manakala punca kematian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Pasir Gudang untuk tujuan bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Noor Azizi Indzam di talian 013-7878771 atau IPD Kota Tinggi di talian 07-8831222 bagi membantu siasatan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img