Pelajar Tingkatan Dua dakwa cedera dipukul senior di asrama

SEORANG pelajar lelaki Tingkatan Dua cedera selepas mendakwa dipukul pelajar senior dalam sebuah bilik asrama sekolah menengah di Kuala Pilah pada 27 September lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.40 malam selepas mangsa dipanggil ke sebuah dorm oleh pelajar berusia 16 tahun berikutan perselisihan faham antara mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, ketika berada di dalam dorm berkenaan, mangsa berusia 14 tahun dipercayai dipukul suspek sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAJ).

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut (soft tissue injury),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Mustafah berkata, polis sudah mengenal pasti pelajar yang dipercayai terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berkaitan kejadian berkenaan.

“Serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here