Memorandum Jabatan Negara AS bukti Trump ‘pak turut’ Netanyahu serang Iran

MUNGKIN pembohongan sudah sebati dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang menjadi ‘orang suruhan’ kepada penjenayah antarabangsa Benjamin Netanyahu.

Ia berikutan tersebarnya    satu memorandum undang-undang Jabatan Negara Amerika Syarikat mendedahkan bahawa operasi yang dikenali sebagai Operation Epic Fury, yang dilancarkan pada 28 Februari, dilaksanakan “atas permintaan dan dalam rangka pertahanan kolektif sekutunya Israel,” .

Ia sekali gus bercanggah secara langsung dengan dakwaan berulang Trump bahawa Washington bertindak secara bebas dalam perang terhadap Iran.

Dokumen tersebut secara jelas menyatakan bahawa Amerika Syarikat terlibat dalam konflik bersenjata dengan Iran “atas permintaan” Israel, dengan menggambarkan kempen ketenteraan itu bukan sebagai keputusan unilateral Amerika, tetapi sebagai sebahagian daripada usaha perang yang diselaraskan selari dengan objektif Israel.

Pengakuan ini jelas bertentangan dengan kenyataan awal Trump yang menegaskan bahawa Amerika Syarikat bertindak berdasarkan pertimbangan strategiknya sendiri, tanpa pengaruh luar, dalam melancarkan operasi ketenteraan berskala besar tersebut.

Memorandum itu turut mengemukakan hujah undang-undang bahawa perang tersebut tidak bermula dengan Operation Epic Fury, sebaliknya merupakan sebahagian daripada konflik bersenjata jangka panjang yang berterusan melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

Menurut dokumen itu, tindakan ketenteraan AS dibenarkan sebagai pertahanan kolektif Israel serta sebagai pelaksanaan “hak semula jadi untuk mempertahankan diri” oleh Washington sendiri.

Ia berhujah bahawa permusuhan telah berterusan selama bertahun-tahun, dengan merujuk kepada komunikasi berulang AS kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta menegaskan bahawa tiada penamatan rasmi konflik pernah berlaku.

“Amerika Syarikat terlibat dalam konflik ini atas permintaan dan dalam rangka pertahanan kolektif sekutunya Israel, serta sebagai pelaksanaan hak semula jadi Amerika Syarikat untuk mempertahankan diri,” menurut memorandum tersebut.

Dengan mentakrifkan perang itu sebagai “berterusan”, dokumen tersebut mendakwa bahawa Washington tidak perlu menilai semula justifikasi undang-undang seperti unsur ancaman segera (imminence) atau prinsip perkadaran (proportionality) bagi setiap tindakan ketenteraan baharu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img