Menang anugerah TV BAFTA :Penerbit cabar BBC siarkan dokumentari Gaza: Doktors Under Attack

PASUKAN dokumentari Gaza: Doctors Under Attack menggunakan kemenangan besar di Anugerah TV BAFTA (British Academy of Film and Television Arts )di London untuk secara terbuka mencabar BBC dan mendedahkan tindakan penapisan penyiar itu selepas dokumentari berkenaan digugurkan daripada siaran.

Dokumentari tersebut , yang pada asalnya ditempah oleh BBC tetapi tidak pernah disiarkan, memenangi kategori hal ehwal semasa pada majlis Anugerah TV BAFTA yang berlangsung di Royal Festival Hall, malam tadi.

Filem yang disiarkan oleh Channel 4 itu menyiasat situasi petugas perubatan di Gaza sepanjang genosid Israel. BBC dilaporkan menggugurkan projek tersebut atas alasan “kebimbangan terhadap ketidakberpihakan”.

Di atas pentas, wartawan Ramita Navai menyampaikan ucapan politik yang lantang selepas menerima anugerah berkenaan. Beliau berkata Israel telah membunuh puluhan ribu orang awam di Gaza serta menyasarkan hospital dan petugas perubatan.

Beliau turut berkata siasatan itu mendapati lebih 1,700 petugas kesihatan Palestin telah terbunuh dan lebih 400 lagi diculik. Beliau menggambarkan keadaan itu sebagai “medicide”, merujuk kepada istilah yang digunakan oleh United Nations.

Navai berkata BBC membiayai siasatan tersebut tetapi enggan menyiarkannya. Beliau mengakhiri ucapannya dengan mesej tegas: “Kami enggan didiamkan dan ditapis.”

Penerbit eksekutif Ben de Pear turut berucap ketika menerima anugerah itu. Beliau mendedikasikan kemenangan tersebut kepada wartawan di Gaza yang bekerja dalam keadaan amat berbahaya, sambil menyatakan lebih 250 rakan media mereka telah terbunuh.

De Pear kemudian secara langsung mengajukan soalan kepada BBC di hadapan kamera sama ada penyiar itu juga akan memotong ucapan mereka daripada siaran Anugerah TV BAFTA yang ditayangkan secara tertunda.

Momen itu menjadi antara sorotan utama majlis berkenaan, yang turut menyaksikan kemenangan besar bagi Netflix menerusi Adolescence dan Disney+ menerusi A Thousand Blows.

Insiden tersebut menambah tekanan baharu terhadap BBC berhubung dakwaan kecenderungan pro-Israel dan keputusan editorial melibatkan liputan Gaza serta perdebatan mengenai kebebasan media di United Kingdom.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img