Mesyuarat MB,KM tumpu usaha perkukuh, pulihkan ekonomi – Anwar

USAHA memperkukuh dan memulihkan ekonomi negara susulan ketidaktentuan global akibat konflik di Asia Barat menjadi antara fokus Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen, hari ini.

Dalam kenyataan melalui Facebook beliau, Perdana Menteri berkata, mesyuarat itu turut meneliti tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi fenomena El Niño yang dijangka memberikan kesan terhadap bekalan air, sektor pertanian, keselamatan makanan serta meningkatkan risiko cuaca panas melampau dan jerebu.

“Penekanan turut diberikan kepada usaha memastikan setiap dasar dan inisiatif dilaksanakan secara lebih bersepadu, cekap dan berpaksikan kepentingan rakyat, di samping memperkukuh daya saing ekonomi, menarik pelaburan berkualiti serta menjamin kesejahteraan rakyat di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat itu memberikan tumpuan kepada pelbagai inisiatif kerajaan ke arah memperkukuh dan memulihkan ekonomi negara susulan cabaran serta ketidaktentuan yang berpunca daripada konflik di Asia Barat yang memberikan kesan kepada ekonomi global.

‘’ Semangat kebersamaan dan kesepakatan yang dizahirkan menerusi mesyuarat itu akan terus memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri demi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh oleh seluruh rakyat,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img