MPV terbakar selepas terbalik, polis kesan pemandu

POLIS sedang mengesan pemandu dan pemilik sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang musnah dalam kebakaran selepas terbabas di Kilometer 26, Jalan Jerantut–Kuala Tahan di Jerantut, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Nor Azman Yusof berkata, kenderaan dipercayai Toyota Wish berwarna putih itu ditemukan dalam keadaan terbakar sepenuhnya selepas dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh.

Menurut beliau, kejadian dianggarkan berlaku kira-kira jam 5.20 pagi ketika MPV berkenaan bergerak dari Kuala Tahan menghala ke Jerantut.

Katanya, kenderaan itu dipercayai terbabas sebelum terbalik dan terbakar, namun pemeriksaan di lokasi tidak menemukan mangsa.

“Bagaimanapun, tiada mangsa ditemukan di lokasi kejadian manakala identiti pemandu serta pemilik kenderaan masih belum dikenal pasti.

“Kemungkinan individu di dalam kenderaan itu disyaki melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, polis meminta individu yang memandu atau memiliki kenderaan berkenaan supaya tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

Nor Azman berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang terlibat serta menentukan punca sebenar kemalangan dan kebakaran berkenaan.

Orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi penolong pegawai penyiasat, Sarjan Muhammad Zuhairi Bani di talian 016-959 1885 bagi membantu siasatan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here