Operasi SAR mangsa bot tenggelam di perairan Pulau Pangkor tamat hari ini

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden bot tenggelam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di perairan Pulau Pangkor pada 11 Mei lalu, ditamatkan hari ini selepas enam hari dilaksanakan.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan operasi itu dihentikan jam 7 malam tadi, susulan tiada penemuan baharu dikesan di sekitar kawasan pencarian.

Setakat ini sebanyak 39 mangsa ditemukan, membabitkan 23 individu selamat manakala 16 lagi disahkan meninggal dunia.

“Keterangan awal yang diperoleh pada hari pertama operasi menyatakan jumlah keseluruhan mangsa seramai 37 orang, namun angka itu dipercayai tidak tepat,” menurut kenyataan itu.

Mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada sembilan lelaki dan tujuh wanita dihantar ke Hospital Taiping dan Teluk Intan, untuk bedah siasat dan pengecaman.

Selain Maritim Malaysia, operasi berkenaan turut membabitkan kerjasama pelbagai agensi keselamatan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain komuniti nelayan sekitar perairan terbabit.

Dalam kejadian pada 11 Mei lalu, sebuah bot membawa PATI warga Indonesia tenggelam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor, ketika dalam perjalanan ke beberapa destinasi di negara ini.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img