MyKad, pasport baharu bakal dilancarkan Jun depan – KDN

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mengumumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersedia bagi pelancaran rasmi MyKad dan pasport baharu pada Jun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua aspek termasuk sistem, infrastruktur serta persediaan agensi telah dirancang rapi bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

“Setiap satu tempoh, kita kena mengeluarkan dokumen baharu dengan ciri keselamatan yang lebih baik. Kita telah berusaha sekian lama ke arah itu dan sekarang masanya telah sampai.

“Saya menaruh keyakinan tinggi kita akan dapat melepasi saat bersejarah ini dengan baik,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri  Dr Shamsul Anuar Nasarah,  Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

Saifuddin berkata, pelaksanaan MyKad dan pasport baharu itu mencerminkan komitmen KDN dalam memperkukuh sistem dokumen pengenalan rasmi selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, dokumen baharu itu akan dilengkapi ciri canggih serta pintar bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan.

Pada masa sama, beliau juga memaklumkan sistem pengurusan permohonan kewarganegaraan baharu turut berada pada fasa akhir dan akan dilancarkan dalam masa terdekat.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img