SEORANG lelaki yang bertindak melepaskan tembakan ketika upacara sembahyang di sebuah kuil di Ladang Bukit Badong, Bestari Jaya Kuala Selangor, kelmarin sudah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, berusia 55 tahun yang merupakan lelaki tempatan ditahan di sekitar Petaling Jaya, kira-kira pukul 8 malam semalam.
Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku ketika penganut Hindu sedang menjalankan upacara sembahyang tahunan di kuil berkenaan, kira-kira pukul 11.30 pagi.
“Video tular itu memaparkan seorang lelaki melepaskan tembakan ke udara di lokasi kejadian.
“Bertindak atas maklumat, suspek ditahan di Petaling Jaya,” katanya.
Tambah Azaharudin, suspek kini direman selama tiga hari sehingga lusa bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.



