Pas tanding 11 kerusi, Mazlan Bujang jadi calon di Kahang

PAS akan bertanding 11 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini dengan menyaksikan salah seorang calon yang disenaraikan oleh Mazlan Bujang yang merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri ketika Bersatu memerintah negeri itu.

Pemilihan Mazlan untuk bertanding kerusi DUN Kahang diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar di Majlis Pengumuman Calon Pas di Bakri malam ini.

Dalam PRU ke-14 pada tahun 2018, Mazlan menang kerusi DUN Puteri Wangsa atas tiket Bersatu di bawah Pakatan Harapan dengan majoriti hampir 25,000 undi. Bagaimanapun beliau tidak bertanding pada PRN 2022.

Selain itu Pas menggugurkan penyandang DUN Maharani Abdul Aziz Talib yang menenangi kerusi itu dengan majoriti 1,075 undi. Mohamad Anuar Hayan diberi tanggungjawab mempertahankan kerusi tersebut.

Pas  juga meletakkan calon di kerusi dikuasai DAP iaitu Jementah dengan mempertaruhkan Saifullah Abd Wahab. Ng Kor Sim menang kerusi itu dengan majoriti 710 undi pada PRN 2022.

Calon lain adalah Normala Sudirman (Tenang), Arshed Yahya (Simpang Jeram), Muhammad Amin Sailan (Sungai Balang) dan Halim Kepol (Semerah), Ahmad Rosdi Bahari (Sri Medan), Hasnul Hakimi Hussien (Endau), Yuhanita Yunan (Pasir Raja) dan Khirul Muntanazar Ismail (Tiram).

Samsuri berkata pemilihan calon Pas itu dibuat selepas meneliti rekod keberadaan dan sumbangan kepada masyarakat di Johor.

“Semoga kita akan mendapat keputusan baik di pilihan raya negeri ini,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img