2 penjenayah ditangkap selepas jiran lapor polis terdengar bunyi bising

DUA penjenayah diberkas selepas jiran rumah yang mereka pecah masuk menyedari sesuatu mencurigakan sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pengadu seorang wanita tempatan terdengar bunyi bising serta melihat pintu rumah jirannya dipecah masuk.

“Lebih kurang pukul 3.15 pagi, polis menerima satu laporan kejadian pecah rumah di Taman Eng Ann, Klang.

“Susulan itu, sepasukan anggota telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan dua lelaki tempatan yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini direman selama lima hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img