SUARA AWANG SELAMAT

AWANG ucap tahniah kepada Kementerian Pendidikan dan Timbalan Menteri Pedidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud sebab tegas tolak puak terlibat dalam aktiviti songsang.
KPM keluarkan semua pegawai yang terlibat ‘perbuatan jijik’ itu manakala Mustapha pecat seorang pegawai tadbir diplomatik di pejabatnya atas kesalahan yang sama.
Awang harap jabatan-jabatan lain yang ada kakitangan atau pegawai mereka terlibat, patut buat tindakan yang sama, pecat sahaja golongan songsang ini!
Tidak kira sebijak mana dan sehebat manapun ilmu yang mereka ada…tetapi kalau jalan songsang yang mereka pilih apatah lagi perbuatan dilaknat oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW pun tak mengaku umat baginda…satu senpun mereka tidak layak dihargai.
Awang harap kerajaan akan bertegas dalam soal ini. Jangan beri muka atau kononnya nak guna istilah ‘peluang kedua’. Awang percaya puak ini tak akan berubah!. Mereka bukan bodoh, mereka bukannya tak ada ilmu tetapi mereka tunduk kepada nafsu songsang.
Tak kanlah orang yang macam ni kita nak bagi peluang urus hal-hal negara dan rakyat, tak kanlah puak macam ni kita nak harap lahirkan anak bangsa yang berjaya dunia akhirat?
Tak ada manusia boleh terima aktiviti songsang ini. Kalau baca komen-komen dalam media sosial, rakyat negara ini mengutuk perbuatan puak-puak yang entah apa makhluk yang ada dalam badan mereka.
Oleh itu Awang harap sangat kerajaan tolonglah pastikan mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan itu dipecat. Tindakan itu bukan bermaksud kerajaan menutup rezeki mereka tetapi mereka sendiri yang ‘letak pasir’ dalam periuk nasi sendiri.
Satu lagi Awang nak ingatkan mana-mana pihak tak payah dok cakap soal tak baik bukan aib orang…habis tu yang puak-puak tu buat dalam pusat SPA tu…mereka ada aib ke? Nak dapat AIDS ada la!
Satu lagi Awang puji ketegasan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail bidas puak yang cakap, serbuan itu adalah pencabulan privasi.
Kata Saifuddin, “Privasi itu kalau dia bersendirian di rumah. Ini premis dengan 202 individu. Privasi apa lagi?’’.
Jadi Awang minta jangan tolong ansur dengan puak-puak songsang ini. Bersihkan pentadbiran kerajaan daripada ‘spesis’ ini kerana ia merosakkan bangsa, mencemarkan kesucian Islam dan memburukkan nama Malaysia – sebuah negara yang agama rasmi Persekutuan adalah Islam.
Awang – Teringat kisah kaum Nabi Luth


