‘’Kami tak kan berunding lagi dengan AS’’ – Duta Iran

REPUBLIK  Islam Iran menutup semua pintu rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS).

Sehubungan itu Duta Besar Iran Ke Indonesia, Mohammad Boroujerdi  berkata, apa sahaja yang ditawarkan oleh para pegawai AS untuk membawa Iran kembali ke meja rundingan mengenai program nuklear mahupun sistem demokrasi dalam negara akan ditolak.

Pada sidang media di Jakarta malam tadi beliau menegaskan bahawa negaranya tidak lagi dapat memegang komitmen AS dalam usaha bersama mengelakkan permusuhan dan peperangan.

“Bagi kami, tiada lagi rundingan,” kata Boroujerdi

Sikap tegas tersebut, menurut Boroujerdi, bukan tanpa alasan.

Beliau menegaskan bahawa Iran berkali-kali memenuhi kehendak AS untuk berdialog di meja rundingan. Namun demikian, Iran tetap menjadi sasaran serangan dan pencerobohan oleh AS bersama Zionis Israel.

“Ketika rundingan dijalankan, Amerika Syarikat bersama Zionis Israel tetap menyerang Iran. Oleh itu, kami tidak lagi percaya kepada rundingan dengan Amerika Syarikat,” katanya.

Menurut Boroujerdi, Iran sekurang-kurangnya lebih lima kali akur terhadap kehendak AS untuk berunding mengenai program nuklear sejak tahun 2015. Beliau mencontohkan tempoh perjanjian nuklear Iran yang dikenali sebagai Joint Comprehensive Plan of Action (JCPOA).

Perjanjian tersebut, katanya, telah diluluskan oleh Prtubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Namun apa yang berlaku? Amerika Syarikat secara sepihak memilih untuk menarik diri daripada perjanjian tersebut,” ujarnya.

Selepas itu, kata beliau, Iran menjadi sasaran kempen negatif di peringkat antarabangsa dengan naratif bahawa negara tersebut menghasilkan senjata nuklear yang mengancam keselamatan.

‘’Naratif tersebut akhirnya mencetuskan krisis politik yang menyebabkan Iran dikenakan sekatan serta berdepan serangan. Walaupun begitu, Iran tetap mematuhi dan bersedia memasuki ruang rundingan baharu dengan AS,’’ tegasnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img