Pegawai kanan TLDM antara dua individu direman SPRM disyaki terlibat rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua individu iaitu seorang pengarah syarikat dan seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana disyaki terlibat rasuah bagi mengesyor dan melantik syarikat kroninya mendapatkan kerja-kerja di tempat pegawai kanan tersebut bekerja.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 29 Januari terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret A Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, pagi tadi.

PEGAWAI kanan TLDM diiringi pegawai SPRM untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pagi ini. GAMBAR: SPRM

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an telah ditahan kira-kira jam 6.50 petang dan 9.40 malam tadi ketika hadir memberi  keterangan di pejabat SPRM Perak di Ipoh.

“Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2017 hingga 2020.

“Siasatan awal turut mendapati suspek yang merupakan pegawai kanan TLDM disyaki memiliki harta melebihi jumlah emolumen yang diterima seperti pemilikan kira-kira lapan aset tak alih terdiri daripada tiga buah rumah, tiga buah rumah kedai dan dua buah hotel yang didaftarkan atas nama beliau,” katanya.

PENGARAH syarikat diiringi pegawai SPRM untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pagi ini. GAMBAR: SPRM

Tambah sumber, siasatan turut mendapati terdapat kemasukan sejumlah wang dari sumber yang diragui bernilai kira-kira RM2 juta ke dalam akaun peribadi dan dua akaun syarikat perhotelan milik pegawai tersebut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img