Peguam memandu dalam keadaan mabuk di penjara 14 hari, denda RM12,000

SEORANG  peguam yang sebelum ini dikenakan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM3,000 selama dua tahun kerana memandu dalam keadaan mabuk, hari ini dipenjara 14 hari dan didenda RM12,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chia Wilson, 38, selepas membuat semakan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 15 April lalu.

Chia yang ditahan dalam Ops Mabuk turut diperintahkan menjalani hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda, selain lesen memandunya dibatalkan selama dua tahun.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serta-merta bermula hari ini, manakala peguam Ng Chia How diarahkan memfailkan permohonan rasmi bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sebelum ini, Chia mengaku bersalah memandu kereta jenis Mercedes dengan kandungan alkohol sebanyak 71 miligram dalam 100 mililiter darah, iaitu melebihi had ditetapkan 50 miligram, di Jalan Awan Besar dari Bukit Jalil menghala ke arah Puchong pada jam 12.40 tengah malam, 27 Februari lalu, lapor Buletin TV3.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda minimum RM10,000 dan maksimum RM30,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun dari tarikh sabitan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img