Pejabat KM Melaka nafi Rauf tandatangan dokumen bubar DUN

WALAUPUN pada 7 September lalu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah memberi bayangan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mungkin dibubarkan diumumkan menjelang akhir bulan ini, namun spekulasi berkaitan pembubaran itu tetap berlegar.

Hari ini  Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan dakwaan bahawa Ketua Menteri Melaka itu telah menandatangani dokumen pembubaran DUN di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Ali Rustam hari ini.

Ketua Komunikasi Media Pejabat Ketua Menteri Melaka Norhafizah Sati berkata, mesej yang tular menerusi WhatsApp berkenaan perkara itu adalah tidak sahih dan meminta masyarakat serta pengamal media supaya tidak mempercayainya.

“(Saya) selaku Ketua Komunikasi Media setakat hari ini tidak dimaklumkan sebarang perjumpaan (antara ketua menteri dengan Yang Dipertua Negeri Melaka). Apa-apa kenyataan Pejabat Ketua Menteri akan maklumkan segera.

“Segala yang tular, tidak sahih sama sekali. Mohon sahabat-sahabat media tidak mempercayai sebarang informasi yang tular tanpa pengesahan Pejabat Ketua Menteri Melaka,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular satu mesej mendakwa Ab Rauf telah menandatangani dokumen pembubaran DUN Melaka bersama-sama Ali pada 10.30 pagi ini di Bilik Tamu, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MITC, Ayer Keroh.

Pada PRN lepas, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas menang 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerus dan Perikatan Nasional (PN) dengan dua kerusi.

Penggal DUN Melaka akan berakhir Disember ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here