Pekerja kedai runcit cedera dilibas pedang ketika disamun empat lelaki

SEORANG pekerja kedai runcit cedera di bahagian belakang badan selepas dilibas dengan pedang oleh seorang daripada empat lelaki yang menyamun sebuah premis di Kampung Kuala Lesung, Kuala Ketil, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, sekumpulan lelaki yang memakai topi keledar, topeng muka, jaket dan sarung tangan dipercayai memasuki kedai berkenaan dengan menaiki sebuah Perodua Bezza berwarna putih.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an diserang ketika kejadian samun itu berlaku.

“Seorang daripada suspek yang bersenjatakan pedang telah melibas mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian belakang badan.

“Suspek kemudian melarikan diri bersama wang tunai milik mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Baling dan kerugian sejumlah wang tunai dalam kejadian itu.

“Polis sedang mengesan semua suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata serta menyebabkan kecederaan,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img