Pelajar IPG lemas: KPM janji siasatan telus, tiada siapa dilindungi jika ada pelanggaran SOP

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) berjanji akan melaksanakan siasatan telus berhubung kejadian dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis mati lemas di Pantai Merdeka Sabtu lalu.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, KPM mengambil tanggungjawab penuh kejadian itu dan menegaskan,  keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga.

”Siasatan yang telus, tuntas dan menyeluruh sedang berjalan. Sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan dan tiada sesiapa yang akan dilindungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, beliau memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Christopher Ling Jia Siang dan Joey Ling Lin Siang  di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah.

Fadhlina turut mengadakan pertemuan dengan keluarga terdekat kedua-dua mendiang dan menyampaikan ucapan takziah.

Dalam kenyataan itu beliau turut memaklumkan KPM sedang meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran aktiviti luar melibatkan  semua institusi di bawah kementerian tersebut  bagi memastikan aspek keselamatan dapat diperkukuhkan.

Beliau juga memberitahu, Fadhlina berkata, beberapa pegawai yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program di Pantai Merdeka itu akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis sehingga siasatan selesai.

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img