Buang puntung rokok, dua warga Singapura didenda

DUA lelaki warga Singapura didenda RM1,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku bersalah membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam.

Orang Kena Saman (OKS), Lim Hu Shen dan Tan Boon Haw, masing-masing berusia 38 tahun, turut diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama enam jam.

Hakim, Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, memerintahkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Mahkamah turut menetapkan khidmat masyarakat itu dilaksanakan dalam tempoh enam bulan dengan kadar dua jam sehari.

Selain itu, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa membuang puntung rokok di tempat awam dan bukan di dalam bekas yang disediakan.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan pintu masuk utama KSL City Mall antara jam 11 pagi hingga 11.11 pagi pada 3 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, yang memperuntukkan denda sehingga RM2,000 serta perintah khidmat masyarakat maksimum 12 jam jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Rubiah Maulud, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img