Pelajar Tingkatan 5 disyaki minum bahan beracun di sekolah

SEORANG pelajar lelaki Tingkatan Lima dikejarkan ke hospital selepas dipercayai meminum bahan beracun ketika berada dalam kawasan sebuah sekolah di Sungai Siput, kelmarin.

Mangsa dilaporkan menerima rawatan segera di hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu.

“Mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan fakta kejadian.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan sehingga siasatan selesai.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menghormati privasi mangsa serta tidak mengganggu siasatan polis yang sedang dijalankan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img