Pemandu e-hailing, pesawah tuntut campur tangan kerajaan isu kos, harga

GOLONGAN pemandu e-hailing dan pesawah antara yang tampil menyuarakan tuntutan berhubung isu kos operasi dan harga sempena sambutan Hari Pekerja hari ini.

Mohd Zulkifli Othman.

Pengerusi Gerakan Badan Bertindak Sahabat e-Hailing Malaysia, Mohd Zulkifli Othman berkata, pihaknya terus mendesak kerajaan menetapkan tambang lantai bagi perkhidmatan e-hailing yang disifatkan semakin menekan pemandu.

Menurutnya, kadar tambang ketika ini tidak dikawal dan dibiarkan ditentukan syarikat, menyebabkan pendapatan pemandu semakin merosot walaupun kos operasi harian meningkat.

“Kita menuntut supaya kerajaan menetapkan tambang lantai dan mengawal kadar tambang e-hailing. Sudah lama pemandu terkesan dengan tambang yang semakin rendah, sedangkan kos terus meningkat,” katanya ketika ditemui pada Perarakan Hari Pekerja Bantah Perang dan Rasuah di Dataran Merdeka.

Sementara itu, Pengerusi pesawah, Abdul Rashid Yob berkata, golongan petani berdepan tekanan akibat kenaikan kos serta harga padi yang tidak stabil.

Beliau berkata, situasi itu menyebabkan sektor pertanian khususnya penanaman padi semakin kurang diminati golongan muda kerana pulangannya tidak berbaloi.

“Hari ini kita lihat kos meningkat, tetapi harga padi tidak menentu. Ini memberi kesan kepada pesawah dan juga keselamatan makanan negara,” katanya.

Nur Fitri Amir Muhammad.

Dalam pada itu, Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia, Nur Fitri Amir Muhammad menegaskan isu utama pertanian negara berkait rapat dengan ketidakseimbangan harga dan dasar import.

Katanya, lambakan import makanan termasuk beras boleh menekan harga tempatan sehingga menjejaskan pendapatan petani.

“Apabila import tidak dikawal, harga akan jatuh dan akhirnya membunuh sektor pertanian. Perlu ada keseimbangan antara harga di ladang dan harga pasaran,” jelasnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan memberi tumpuan kepada peningkatan gaji rakyat sebagai langkah memastikan akses kepada makanan yang lebih adil, selain mengawal monopoli dalam sektor benih yang turut menyumbang kepada peningkatan kos.

“Isu utama adalah harga jualan rendah dan kos tinggi. Jadi penyelesaian perlu melihat kedua-dua aspek ini secara menyeluruh,” katanya.

Perhimpunan itu menyaksikan pelbagai kumpulan pekerja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul bagi menyuarakan isu masing-masing, dengan harapan tuntutan mereka diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img