PM berlepas ke Rusia, Turkmenistan untuk lawatan rasmi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Kazan, Rusia hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin selain menghadiri Forum Perniagaan Rusia-ASEAN.

Menurut beliau, selepas selesai menghadiri program di Kazan, beliau akan meneruskan lawatan rasmi ke Turkmenistan atas jemputan Presidennya, Serdar Berdimuhamedow.

“Berlepas ke Kazan, Persekutuan Rusia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia. Saya juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin selain menghadiri Forum Perniagaan Rusia-ASEAN.

“Usai agenda di Kazan, saya kemudian akan ke Ashgabat, Turkmenistan bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Serdar Berdimuhamedow,” katanya dalam hantaran itu.

Anwar turut memohon doa rakyat Malaysia agar urusan beliau bersama delegasi negara dipermudah serta membawa manfaat dan pulangan terbaik kepada negara.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img