Laungan ‘Hidup Rakyat’ di perarakan Hari Pekerja

LAUNGAN ‘hidup, hidup, hidup rakyat’ bergema mengiringi Perarakan Hari Pekerja Bantah Perang dan Rasuah yang berlangsung dari Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.

Perhimpunan dan Perarakan Aman Pemandu E-Hailing 2026.

Kira-kira 300 peserta terdiri daripada pelbagai sektor termasuk petani, pesawah, pemandu e-hailing, pekerja ladang, aktivis alam sekitar, masyarakat orang asal, anak muda dan mahasiswa dilihat berkumpul seawal jam 3 petang sebelum mula berarak pada jam 3.30 petang.

Peserta berarak secara berkumpulan sambil membawa sepanduk dan melaungkan slogan sebagai tanda bantahan terhadap isu perang dan rasuah, selain menyuarakan tuntutan mereka bersempena sambutan Hari Pekerja.

Perhimpunan anjuran Jawatankuasa Mei 1 itu mengetengahkan tema ‘Pekerja Bersatu, Lawan Rasuah, Tolak Perang’ yang mencerminkan kebimbangan terhadap konflik global, krisis ekonomi serta isu rasuah dalam negara yang didakwa menjejaskan kesejahteraan rakyat dan perpaduan.

Perhimpunan dan Perarakan Aman Pemandu E-Hailing 2026.

Tinjauan di lokasi mendapati suasana perarakan berjalan lancar dan terkawal dengan kehadiran kira-kira 110 anggota serta pegawai polis yang memantau keadaan bagi memastikan keselamatan semua pihak.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img