Pemandu maut kereta rempuh treler parkir di bahu jalan

SEORANG lelaki berusia 30 tahun maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah treler yang diletakkan di bahu Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, berhampiran Kilometer 55, awal pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 1.40 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Temoh menghala ke Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian tayar penggerak utama sebelah kanan treler berkenaan.

Menurutnya, treler itu diletakkan di bahu kiri jalan tidak berturap, manakala pemandunya yang berusia 39 tahun tiada di lokasi ketika kejadian kerana kenderaan berat berkenaan diparkir berhampiran tempat kerjanya.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, manakala treler rosak pada bahagian tayar penggerak utama sebelah kanan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tapah menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di wad kecemasan oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Malik berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Tapah di talian 05-401 1222.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tapah, Inspektor Muhammad Najmuddin Zulkarnain menerusi talian 017-325 6140.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here