Pemandu maut tercampak keluar dalam nahas dua MPV di Tambunan

SEORANG lelaki maut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan dipandunya dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Dabata di Tambunan, Sabah petang semalam.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4.56 petang itu membabitkan sebuah Perodua Alza dan Toyota Avanza di hadapan pasar raya Servay Jaya.

KEADAAN Toyota Avanza yang terbabit dalam nahas menyebabkan pemandu sebuah lagi MPV Perodua Alza maut selepas tercampak keluar di Jalan Dabata, Tambunan, Sabah petang semalam. GAMBAR: JBPM Sabah

​Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Penolong Pegawai Bomba Mitchell Francis George berkata, pihaknya menggerakkan sepasukan tujuh anggota ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

​”Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati pemandu Perodua Alza ditemukan di luar kenderaannya.

“Mangsa dipercayai tercampak keluar akibat impak pertembungan tersebut dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu Toyota Avanza yang merupakan seorang wanita berusia 38 tahun dilaporkan terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

​Pasukan bomba dan penyelamat yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Lioba Loreto menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada risiko bahaya lain di lokasi sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 5.40 petang.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img