Pemandu treler sebabkan kematian 3 sekeluarga didakwa esok di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

PEMANDU treler yang didapati positif dadah dan merempuh belakang van dinaiki lima sekeluarga hingga mengorbankan tiga daripadanya, akan didakwa di Mahkamah Majistret Segamat, esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, pihaknya menerima arahan daripada Pendakwaan Negeri Johor (PPN) supaya suspek berusia 29 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 302 dan bukan Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tempoh reman empat hari yang dikeluarkan terhadap suspek berakhir hari ini, jadi Mahkamah Majistret membenarkan tempoh itu disambung dua hari lagi bermula hari ini,” katanya lapor Buletin TV3.

Mohd Jumazanzahir berkata, bagi pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, pertuduhan akan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan patalogi.

“Suspek disahkan positif dadah selepas polis menjalankan ujian saringan air kencing sejurus kemalangan meragut tiga nyawa termasuk suami isteri,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 4 petang Khamis lalu, tiga sekeluarga maut dalam nahas ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 210, Jalan Johor Bahru-Seremban dekat Simpang Taman Golden Hill, Gemas Baru, Segamat Khamis lalu.

Mereka yang maut ialah K Myakrishnan, 71, isterinya, S Sevendai, 65, serta abangnya, Palamiandy, 75.

Dua lagi cucu Myakrishnan iaitu P Hariharam, 22, dan P Suguya, 18, pula cedera parah dan masih menerima rawatan di Hospital Segamat.

Nahas berlaku kira-kira 200 meter dari rumah mangsa ketika keluarga terbabit dalam perjalanan pulang selepas berkunjung ke rumah saudaranya di Batu Anam, Segamat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img