Pemilik syarikat, pemandu lori didakwa seleweng diesel

DUA individu termasuk pemilik syarikat pemborong bahan api dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam, atas pertuduhan berkaitan penyelewengan minyak diesel di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Muhamad Hanif Asa’ari berkata, tertuduh pertama iaitu lelaki berusia 58 tahun berdepan dua pertuduhan.

Menurutnya, bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa membeli 2,000 liter diesel daripada pihak yang tidak mempunyai lesen atau kebenaran bertulis pada jam 9.28 malam, 24 April lalu di sebuah premis di Panasuria, Shah Alam.

“Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa gagal menyelenggara buku stok barang berjadual iaitu minyak diesel termasuk tidak merekodkan butiran pembelian atau penjualan seperti tarikh, kuantiti, harga serta maklumat penjual atau pembeli,” katanya.

Sementara itu, tertuduh kedua iaitu pemandu lori berusia 28 tahun didakwa memiliki kira-kira 4,000 liter diesel di dalam sebuah lori tangki tanpa kebenaran sah di lokasi dan waktu sama.

“Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

“Mereka juga diarahkan melapor diri di Pejabat KPDN Shah Alam sekali setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata, KPDN Selangor komited mempergiat penguatkuasaan menerusi Op Tiris 4.0 (Bersepadu) bagi memastikan pematuhan undang-undang serta melindungi kepentingan awam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah etika dalam urus niaga boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak KPDN melalui saluran aplikasi Whatsapp 019-848 8000, Ez Adu KPDN, talian hotline KPDN 1-800-886-800 dan portal e-aduan kementerian,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img