Pemilikan Aurus Senat oleh Sultan Ibrahim lambang persahabatan kukuh Malaysia-Rusia

PEMILIKAN limosin Aurus Senat oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim disifatkan sebagai satu penghormatan istimewa melambangkan hubungan erat serta persahabatan kukuh antara Malaysia dan Persekutuan Rusia.

Ini kerana model berkenaan juga jarang dimiliki di luar Persekutuan Rusia dan tidak dieksport secara meluas ke pasaran antarabangsa, menurut Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Aurus merupakan jenama kenderaan rasmi kepimpinan tertinggi Persekutuan Rusia dan sering digunakan oleh Presiden Rusia Vladimir V Putin, dalam acara rasmi negara serta majlis diplomatik penting.

Aurus terkenal dengan gabungan teknologi moden serta ciri keselamatan bertaraf tinggi.

 

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Muzium Garaj Khas yang menempatkan himpunan lebih 50 unit kereta dan motosikal di Moscow pada hari ini .

Pada lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai koleksi-koleksi yang dipamerkan di muzium itu.

Majlis serahan Limosin Aurus Senat milik Seri Paduka Baginda turut berlangsung di muzium berkenaan.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ke Muzium Garaj Khas disambut oleh Timbalan Menteri Pertama Industri dan Perdagangan Persekutuan Rusia, Kirill Alekseevich Lysogorsky,; Pengarah Muzium Belikov AV, dan Ketua Pegawai Eksekutif NAMI Nazarov FL,

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img