‘’Pemimpin Bersatu jangan jadi ‘batu api’, usahlah gelojoh’’ – Pas

KETUA Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahya hari ini mengingatkan Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz supaya tidak menjadi ‘batu api’ selepas mendakwa ada golongan ulama dalam parti itu tidak bersetuju keputusan menghentikan kerjasama dengan Bersatu.

Katanya,  tiada sebarang kem dalam PAS sama ada kem ulama atau kem teknokrat, sebagaimana didakwa Tun Faisal.

Beliau berkata, setiap keputusan dibuat dipersetujui secara bersama pucuk pimpinan Pas  termasuk melibatkan soal kerjasama melibatkan Bersatu.

“Tidak timbul sebagaimana yang didakwa oleh beliau (Tun Faisal). Saya nasihatkan beliau usah menjadi batu api, memecah, dan melaga-lagakan orang. Jaga parti sendiri sudahlah. Tidak ada kem-kem dalam Pas. Ia sekadar momokan lapuk yang sengaja dihamburkan terhadap Pas” katanya lapor FMT.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Dewan Ulama PAS juga mendukung penuh ketetapan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat semalam.

“Bahkan, telah dijelaskan bahawa keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu juga memperakukan pendirian yang dijelaskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama,” katanya.

Sementara itu, Bendarahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad mengingatkan Bersatu tidak terlalu gelojoh merebut jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang kini digalas Datuk Seri  Ahmad Samsuri Mokhtar memandangkan ia masih dalam gabungan itu.

Beliau berkata, pendirian parti itu juga masih kekal dalam PN buat masa ini.

“Kenyataan semalam hanya menyatakan PAS memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu. Pas belum lagi keluar PN.

“Tidak payahlah gelojoh sangat hendak merebut jawatan Pengerusi PN. Dr Sam masih pengerusi. Orang Melayu adalah bangsa yang berbudaya dan beradab, ikutlah tertib jika mahukan sesuatu,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img