Pemimpin tertinggi BN jumpa calon PRN Negeri Sembilan di Wisma UMNO

BEBERAPA pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) dilihat hadir di Wisma UMNO Negeri Sembilan di Seremban pagi ini untuk bertemu calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat tiba jam 9.40 pagi bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Tidak lama kemudian Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tiba jam 10.20 pagi.

Turut kelihatan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Difahamkan, berlangsung majlis perjumpaan calon BN di wisma berkenaan pagi ini, namun ia berlangsung secara tertutup dan media tidak dibenarkan masuk.

Dalam pada itu, pengumuman calon BN akan dibuat secara rasmi pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN PRN ke-16 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di Seremban malam ini.

Sementara itu Jalaluddin ketika ditemui pemberita masih mengunci mulut berhubung senarai calon BN yang akan dipertaruhkan kali ini.

“Sabar….tunggu malam ini kita akan umumkan,” ujar beliau ringkas.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img