Pemuda UMNO akan bawa usul tarik balik subsidi petrol T20

PERGERAKAN Pemuda UMNO akan membawa usul menarik balik subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi (T20) ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sebagai antara resolusi utama hasil Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0) yang diadakan hari ini.

Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, langkah rasionalisasi dan subsidi bersasar itu penting ketika negara berdepan cabaran ekonomi susulan konflik di Asia Barat ketika ini.

Menurut beliau, subsidi yang dinikmati golongan berpendapatan tinggi tidak memberi kesan besar kepada mereka berbanding manfaat yang boleh dirasai kumpulan berpendapatan rendah.

“Jadi, lebih elok subsidi untuk golongan T20 ditarik balik dan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) serta golongan pertengahan (M40). Sebab kalau 200 liter kita belanjakan sekitar RM200 hingga RM400, jumlah itu tidak begitu dirasai oleh golongan T20.

“Tetapi, RM200 hingga RM400 itu sangat memberi kesan kepada golongan B40 dan M40,” katanya dalam sidang media selepas program Rimbun 2.0 anjuran pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau ketika ditanya kemungkinan Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) berkata, parti itu mempunyai rekod pentadbiran yang baik di Johor dan Melaka yang boleh dijadikan bukti kemampuan mentadbir negara semula.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img